(Gambar) Wajah Abang dan Adik yang membunuh Dato Sosilawati Lawiya…




Datuk Pathmanabhan A/L Nalliannen


Surrendren adik Datuk Pathmanabhan

Mayat Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga orang lelaki yang kali terakhir berada bersama beliau dipercayai telah dibakar menggunakan najis lembu dan petrol iaitu merupakan suatu kaedah tradisional dan cara paling berkesan untuk menjadi abu dalam tempoh 30 minit sehingga sejam.

Petikan laporan akhbar The Star hari ini :

PETALING JAYA: The remains of Datuk Sosilawati Lawiya and the three men she was last seen with were believed to have been burnt using cow dung and petrol, a highly effective traditional method which can reduce a human body to ashes in between 30 minutes and an hour.

The average human body takes from two to three hours to burn completely when in a coffin and placed in furnace, pre-heated at 1,100c.

However, the traditional method, which originates from India, involves placing cow dung on the body and sprinkling some petrol which is the lit.

“A gas released from the burning cow dung increases the intensity of the fire which reduces the body to ash very quickly, often leaving only the femur [thigh bone] and pelvic bone still intact “ a source said. (SINI)

KUALA LUMPUR: Taktik siasatan polis berdasarkan teori ‘No Body, No Murder’ digunakan suspek utama yang juga seorang peguam berstatus Datuk dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dekat sini, baru-baru ini.

Teori itu dikatakan digunakan suspek ketika dia cuba menghapuskan segala bukti fizikal dengan membakar semua mayat sebelum abunya dibuang ke dalam sungai.
Malah bagi mengelirukan polis, suspek turut membuang abu mayat mangsa, barangan peribadi, senjata digunakan dan bahan yang ada kaitan dengan kes itu ke dalam beberapa sungai yang terletak berhampiran ladang berkenaan. Dengan perancangan rapi dilakukannya, lelaki berkenaan disifatkan sebagai bijak kerana mengetahui cara terbaik menghapuskan barangan kes.
Sebagai peguam, dia sendiri mengetahui ketiadaan bukti fizikal seperti mayat atau senjata pembunuhan akan menyulitkan pihak polis untuk menjalankan pendakwaan di mahkamah andai kata dia tertangkap.
Malah, dia boleh dianggap sebagai ‘Mastermind’ kerana menggunakan pekerjanya sendiri sebagai budak suruhan dengan meminta mereka melakukan pembunuhan terbabit tanpa dia perlu ‘menyentuh’ semua mangsa.
Selain itu, kuasa wang turut digunakan untuk membayar gaji tambahan kepada setiap pekerjanya yang sanggup melakukan pembunuhan kejam terbabit.
Jumlah ganjaran yang diberikan kepada setiap pekerjanya juga dikatakan mencecah ribuan ringgit membuatkan mereka setia dan patuh dengan arahan yang diberikan majikan mereka itu. Setakat ini, polis sudah menemui beberapa tulang dalam kawasan ladang yang dijadikan tempat pembakaran semua mangsa terbabit.
Menurut sumber forensik, biarpun tulang ditemui, namun ia belum menentukan ia milik empat mangsa terbabit kerana mungkin ia adalah tulang haiwan atau tulang orang lain.
“Buat masa ini, kita sudah menghantar semua tulang berkenaan ke makmal untuk dilakukan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan setakat ini kes terbabit agak sukar untuk diklasifikasikan sebagai bunuh.
“Semuanya bergantung kepada hasil laporan ujian DNA yang dilakukan itu,” katanya. Sehingga kini, kematian Sosilawati, pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, belum dapat dipastikan kesahihannya kerana memerlukan ujian DNA.
Bagaimanapun, selepas enam hari penahanan lapan suspek, polis menemui pelbagai petunjuk yang mungkin mampu membawa suspek ke muka pengadilan. Biarpun pelbagai barang peribadi milik mangsa sudah ditemui, namun apa yang dinanti kini hasil laporan ujian DNA yang dilakukan bagi menentukan sama ada sepadan dengan mangsa dan kerja terbabit perlu dilakukan dengan teliti berikutan membabitkan mangsa yang ramai.

Selain itu, motif sebenar pembunuhan kejam terbabit turut masih belum diketahui bagaimanapun siasatan awal polis mendapati ia berkaitan dengan wang dalam urus niaga jual beli tanah antara Sosilawati dan peguam berkenaan.
Bagi menutup rahsianya, peguam terbabit dikatakan sanggup membunuh semua mangsa semata-mata tidak mahu perbuatan kejamnya itu terbongkar.
Malah, pembunuhan kejam itu juga dikatakan turut dirancang peguam terbabit berikutan dia terlebih dulu menghubungi pekerjanya kira-kira jam 10 pagi 30 Ogos lalu meminta mereka menyediakan ‘persiapan’ untuk membunuh.

Related Posts with Thumbnails
This entry was posted in Accident and tagged , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to (Gambar) Wajah Abang dan Adik yang membunuh Dato Sosilawati Lawiya…

  1. ana says:

    jate nate babi..doh r udoh babiiiiiii

  2. Khairul says:

    Salah seorang dari peguam yang bergelar Datuk adalah merupakan salah seorang dari Pengarah Syarikat yang telah berjaya menipu orang ramai iaitu Syarikat Pon72..Salah satu syarikat yang menipu duit ramai orang. Syarikat Pon 72 ini juga meniru hakcipta sebuah syarikat lain iaitu Visiber Sdn Bhd. Perkara ini telah terbukti. Isteri saya yang juga salah seorang dari mangsa bagi syarikat Pon 72 di mana hampir rm10k wang isteri saya lesap apabila salah seorang agent POn 72 melarikan diri secara tiba2. Bukti?Ini bukti yang menyatakan PATHMANABHAN and PON 72 ada bersangkut paut
    http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs319.ash2/59902_103658629697784_100001609414311_24971_4206221_n.jpg

  3. sakura@season says:

    nampaknya mereka dah pasang peguam namun bukti akan menjelaskan semua yang berlaku.Mereka telah bunuh ramai orang dan menggunakan”datuk” palsu.Peguam?Tidak dapat bela diri?Mereka dah buat salah.Kalau nak bela diri sekalipun,mereka akan tetap dipenjara kerana menggunakan gelaran palsu.Selepas membunuh ramai orang,layakkah mereka dibebaskan?Layakkah?Layakkah?Layakkah?Hanya tali gantung hukuman terbaik untuk mereka.

  4. I hav 220grams 14.5″ tokay .real bayer call me my namber. 01711261888

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>