Kad Permainan Over the Edge RAMAL Kejadian Tembakan di Pawagam Aurora, Colorado..
Kerakusan seorang lelaki yang bernama James Holmes, 24 yang menembak secara rambang di pawagam di Aurora dekat Colorado semasa tayangan pembukaan filem Batman: Dark Knight Rises menggemparkan seluruh dunia.
Samada kebetulan atau tidak, kejadian tembakan yang mengorbankan 12 orang dan mencederakan 58 orang yang lain bagaikan telah diketahui perancangannya.
Masakan tidak, permainan kad berunsurkan konspirasi yang dikenali Over the Edge memaparkan klu-klu dan elemen-elemen yang mirip dengan kejadian di pawagam di Aurora, Colorado.
(Ingin sertai di Facebook?Klik SINI)
Persamaan
Perhatikan persamaan bangunan Aurora dan bangunan yang dipaparkan dalam kad permainan Over the Edge tersebut.
Begitu juga warna ungu kot yang dipakai oleh lelaki di dalam kad permainanOver the Edge. Ia sangat menyerupai warna kot yang dipakai oleh Jokeriaitu watak antogonis dalam filem Batman. James Holmes iaitu suspek utama pembunuhan tersebut mengaku bahawa beliau adalah Joker.
Kad Permainan Over the Edge
Kad permainan Over the Edge adalah kad permainan konspirasi dan Iluminati yang menerapkan permainan role play. Ia direkabentuk pada tahun 1992 oleh Jonathan Tweet dan Robin Laws dan diterbitkan oleh Atlas Games. Edisi kedua kad permainan ini telah diterbitkan pada tahun 1997.
ihsan dr takusahrisau blog
_________________________



