Apa Yang Orang Gastrik Tak Boleh Makan…

Tajuk post ini sebenarnya datang dari keyword yang pernah menerjah blog ini. Mungkin kerana post dulu yang bercerita tentang penyakit gastrik. Sebagai pengidap gastrik tegar (boleh aku gunakan term ni sebab dah sekian lama berdamping dengan gastrik), di sini aku senaraikan jenis makanan / minuman yang tidak digalakkan untuk pesakit gastrik mengambilnya.

 

1. Makanan / minuman berasid

Kepada yang suka minum orange juiceair limau nipis atau air asam jawa, disarankan agar mengurangkan pengambilan minuman ini. Memang ia kaya dengan vitamin C tetapi ia juga kaya dengan asid yang bakal buat dinding perut anda jadi nipis, selembut sutera… Jika nak minum juga, pastikan anda telah makan di waktu prime anda iaitu pagi, tengahari dan malam. Makanan yang berasid pulak ialah makanan yang biasanya mengandungi cuka seperti acar dan sebagainya. Ini memang sumber terbaik untuk asid.. sekali kena pasti berguling…

 

2. Makanan pedas

Ini bergantung kepada tahap ketahanan perut seseorang. Ada yang makan kari pun dah cukup pedas untuk mereka dan ada yang tak boleh makan lada sulah pun!! Ada yang ekstrem yang boleh makan masak lomak cili api (mmm lazatttt) ditambah dengan sambal kicap + cili api. Makan atas risiko sendiri.. kalau rasa tak boleh, jangan!!

 

3. Makanan yang ber ‘angin’

Ada banyak jenis makanan berangin seperti kekacang, ulaman petai, jering, kerdas dan yang sewaktu dengannya juga  durianubi dan lain-lain. Jika diketahui makanan tersebut ber “angin” elakkan memakannya lebih-lebih lagi dalam kuantiti yang banyak. Namapungastrik kan? (bukan gas trick macam yang ramai kena di bulan puasa tau!!).. jadi kurangkanlah makanan seperti di atas.

 

4. Air berkabonat / kafein

Memang sedap minum Coke dan Pepsi tapi untuk pesakit gastrik, jangan diamalkan. Jika terasa teringin nak minum, pastikan perut kenyang dan tiada mengambil makanan / minuman lain yang diketahui menyumbang kepada gastrik seperti yang dibicangkan di atas.  Di samping itu pengambilan minuman berkafein seperti kopi (nak-nak kopi “O”) juga mampu membuat perut anda berlagu “Enter Sandman”. Pastikan minuman seperti ni hanya diambil seminggu sekali atau lebih elok kalau sebulan sekali…. atau tak payah minum terus lagi baik:)

 

5. Susu?

Yang ini aku tak berapa pasti sebab ramai yang bercanggah pendapat mengenai kesan pegambilan susu ke atas pesakit gastrik. in my case, aku tak boleh mulakan hari tanpa minum milo + susu. Minum susu segar lagi aku suka, cuma agak parah la kalau tiap-tiap hari nak beli susu segar kan? Ada yang kata susu buat perut derang lagi meragam, jika benar, elakkanlah!

Related Posts with Thumbnails
This entry was posted in agama. Bookmark the permalink.

One Response to Apa Yang Orang Gastrik Tak Boleh Makan…

  1. zwati says:

    sy mgamalkan diet yg di ambil dr buku n intnet…slepas bjaya trunkan brat bdn sbayak 12kg dlm msa 5bln…sy mgalami gastrik…mgkin diet sy tu yg myebabkan pyakit ni..sy selalu amal mnum tea O cmpur lmau npis slepas sarapan…n air asam jawa slepas lunch…SETIAP HARI….slepas dpt thu ada gastrik,trus tinggalkan amalan tu…skrg brat bdan msih maintain…tp,x ideal lagi…dh x thu nk wat camana..sbab byk mknan yg boleh trunkan berat bdn x elok bg pesakit gastrik amalkan…adoi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>