Aku, Lim dan Islam
by AbdullahDari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak.Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah .Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganyamelanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hinggake zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali harirayamenjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahkuyang amat digemarinya.
kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Akujarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan jugaTahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Limjuga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannyapadaku.
Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihatpertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang inginkunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadipenghalang persahabatan kami.
20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapatGreen Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubunganku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizamankami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekalimenghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kamirasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Limakan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar darikakaknya. ” He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad ZulfakarLim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telahmenemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannyalebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemudengan Lim dirumahnya. Adasatu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamusudah semakin berkurangan.
…..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, airmukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dankami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang “Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kamiberpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapikerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislamanrakanku.
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliaumasih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan?betul tak?…
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cubakau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my secondhouse. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam?Mengapa aku kena pergi ke USbaru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapaaku di Islam kanoleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di duniasaja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akandakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwahdan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.
Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kaudidalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri,atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah keranaditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalamkeluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.
Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi,penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada rohjihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsamelayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?
Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kaukena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah,jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan denganmudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itubererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian merekaingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar!dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaikiamalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainyatugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan,bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhiratsesorang itu.
Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yangbaru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orangtermasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah akuislam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernahkusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkansebagai Islam.
P/s : sebagai Tauladan..
