Cinta jarak jauh…berbaloikah? Bahagiakah? Ramai yang kalah dan mengalah. Ramai yang derita dan sengsara bila melalui cinta jarak jauh ini. Mana mungkin hati kecil tak terusik bila melihat pasangan lain bermesra bersama pasangan sedangkan pasangan sendiri jauh dari mata.
Mengapa ramai mengalah dan kalah? mengalah sebab tak sanggup nak hadapi kesukaran dan pelbagai dugaan bila berjauhan. Kadang kala bila sendirian ada faktor menarik dan ditarik. Tak kita tergoda dengan orang lain, orang lain pula datang menggoda. Cabaran memang hebat bila cinta jarak jauh ni, sebab tu kesabaran dan kesetiaan jadi tunggak utama.
Bagi yang berjauhan perlu sentiasa suburkan kasih sayang supaya cinta tidak kering dan cinta tidak layu. Jika cinta sentiasa mekar dan sentiasa jujur dan setia pasti tidak menjadi kudis walau cinta beribu batu sekali pun. Kesetiaan tunggak utama. Jika depan mata hati nak beralih pada yang lain pun boleh berlaku juga. Maka jangan jadikan faktor jarak sebagai halangan untuk mengecapi kebahagiaan.
Bahagia itu dari diri kita sendiri. Kita yang mencorakkan hidup agar merasa bahagia atau tidak. Sama-sama lah kita mengejar kebahagiaan agar hidup ceria dan bahagia.
8 visitors online now 3 guests, 5 bots, 0 members Max visitors today: 15 at 04:58 am UTC This month: 111 at 05-16-2013 10:00 am UTC This year: 111 at 05-16-2013 10:00 am UTC All time: 321 at 06-28-2012 03:20 pm UTC