Pengakuan Janda Pengkid


Mazidul akmar

 

Semalam saya dihubungi janda berusia 34 tahun, Iza melalui hotline.
“Sebab apa memilih pengkid sebagai pasangan?,” soal saya kepada ibu 2 anak itu.
“Pengkid memahami sebab dia pun perempuan. Contohnya, kalau I kata, sayang! Jom pergi shopping, dia terus bawa dan belikan apa I nak. Bukan macam sebilangan lelaki, kedekut. Pengkid couple I, umur dia 43 tahun, peniaga buah-buahan, dia ada duit. Bagi dia, duit dia spend untuk I, semua tu tak ada apa. Tetapi dia ni jenis cemburu, sampai tak bagi I kerja sangat sebab itu sekarang I jadi part time beautician,” ujar Iza.
“Maksudnya, sebab duit lah?,” tanya saya untuk penjelasan.
“Duit? Satu daripada sebab lah. Actually, sejak tahun 1998 I dah couple dengan 3 pengkid sebelum ni. Pertama tu dari Sarawak, umur dia 27 tahun tetapi putus sebab dia tak ada kerja. I pula support dia, bayarkan rumah, kereta dan belikan rokok sekali. Kedua dari Filipina, dia satff nurse di klinik swasta di Kuala Lumpur, umur 36 tahun. Putus juga sebab dia bukan Islam, curi curi makan babi. Bila kissing mulut berbau babi, tak larat. Ketiga ni dari Keramat, sejak tahun 2003,” jelasnya.
Sebelum sempat saya bertanyakan soalan seterusnya, Iza membuat kenyataan berikut.
“Pengkid, kalau make love dia tak akan bogel, dia tak buka baju, cuma londehkan seluar dia sedikit sahaja. Bila I sentuh dia, dia akan tepis tangan I. Dia hanya suka puaskan pasangan dia, itu sahaja. Kami gunakan sarung tangan getah untuk jari tengah, sex toy supaya tak berlaku pendarahan. Lepas make love dia akan massage badan I, bukan macam lelaki, tidur. Lagipun best sebab, kita boleh dengar sama sama suara manja.
Every month, pengkid makan hormon untuk tahan period dia.
Dulu I ada boyfriend, dia musician, 42 tahun. Mula berkawan, dia pakai kereta Kancil I, kononnya nak bayar, lepas tu bayaran tertunggak, RM500 sebulan pun tak mampu bayar sebab dia kuat berjudi, main jackpot dan chai nombor ekor. Hampir setiap hari I kena tunggu dia berjudi di luar kedai, bosan. Empat tahun I bertahan, akhirnya putus. You mungkin kenal dia, kalau I cakap nama,” katanya.
Pemuzik itu sebelum ini dikatakan bekerja sebagai pemain keyboard di kelab dangdut terkenal di Kuala Lumpur, kini ditutup.
“Sebelum I lupa, nak bagi tahu you, pengkid I pakai seluar dalam lelaki bukan panty wanita,” tambahnya.
“Kenapa you nak kongsi semua maklumat ni dengan I?,” soal saya.

“Supaya orang tahu, mengapa ada perempuan memilih pasangan pengkid dan tidak lelaki,” ujarnya menutup bicara.

Related Posts with Thumbnails
This entry was posted in agama and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Pengakuan Janda Pengkid

  1. penxjb says:

    hai iza…. ngan penx u lg ker???? u duk mn now? lea i knl ngan u??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>