
Sumber dipetik dari ManggaOnline
Mangga Online baru sahaja mendapat berita mengejutkan ini. Din Beramboi dilaporkan sedang dalam keadaan kritikal dan sedang di bawah kawalan ketat doktor.
Din dikatakan mengadu tidak sihat sebelum ini dan sumber mengatakan beliau jatuh sakit selepas penggambaran di Zoo bersama Aflin Shauki. Din disyaki terkena jangkitan air kencing tikus dan organ dalamannya berhenti berfungsi.
Din Beramboi perlukan darah jenis O dalam masa 24jam ini. Sesiapa yang boleh membantu diminta terus ke Hospital Selayang.
Apa-apa pun mari sama-sama kita doakan kesihatan dan kesejahteraan beliau. Semoga Din Beramboi cepat sembuh.
