Hunny Madu Hamil Apabila Tersedar Dari Mimpi

Hunny Madu atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim telah disahkan hamil baru-baru ini setelah mendirikan rumahtangga hampir 2 tahun yang lalu bersama pasangannya, Khairul Azhar.

Hunny yang sentiasa tampil aktif dan bergaya menerusi rancangan pengacaraannya sama ada di radio atau televisyen pastinya amat gembira dengan perkhabaran berita itu.

Pasangan muda yang telah mendirikan rumahtangga pada 2010 itu pastinya sudah lama mengimpikan zuriat.

Memetik dari laporan MSN Malaysia, Hunny Madu menyedari yang dia hamil apabila telah mengalami mimpi yang dia sedang mengandung dan memegang seorang bayi.

Lantas terjaga dari mimpi, dia memberitahu suaminya berkenaan mimpi itu lalu Hunny melakukan pemeriksaan dan disahkan hamil enam minggu.

Berita gembira itu tersebar dengan meluas melalui laman sosial facebook dan twitter apabila ramai peminat penyampai radio terkemuka itu mula mengucapkan tahniah kepadanya.

Pada masa yang sama, dia yang menjadikan Gwen Stefani sebagai idola menganggapkan Gwen merupakan seorang ibu yang cekal dan sentiasa berusaha.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Hunny serta keluarga di atas perkhabaran berita gembira itu.

Related Posts with Thumbnails
This entry was posted in Artis Malaysia and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>