lagi Wang Pos Diserbu Kristal Karisma Enterprise, World Heritage Resources dan Al Falah Global Resources

KUALA LUMPUR 29 April – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah membuat serbuan serentak ke atas tiga buah syarikat perniagaan yang dipercayai menganjurkan program skim kutu menggunakan wang pos.

SSM dalam kenyataannya di sini berkata, syarikat-syarikat tersebut ialah Kristal Karisma Enterprise, World Heritage Resources dan Al Falah Global Resources dan disiasat di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

“Siasatan dilakukan kerana para penganjur skim kutu tersebut telah melakukannya di bawah akta tersebut yang melarang mana-mana perseorangan, perniagaan atau syarikat daripada menganjurkan program itu,”

“Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000,” kata SSM di sini hari ini.

Menurut SSM, berdasarkan maklumat yang diperoleh pakej-pakej yang ditawarkan oleh penganjur skim itu dengan menawarkan beberapa pakej.

Pakej-pakej tersebut ialah Pelan A Platinum (RM312) – sembilan orang penerima, Pelan A Emas (RM100) – lapan orang penerima, Pelan A Perak (RM50) – tujuh orang penerima, Pelan B Platinum Bijak (RM396.50) – 13 orang penerima dan Pelan B Emas Bijak (RM136.50) untuk 13 orang penerima.

Sehubungan itu orang ramai diminta menghubungi Seksyen Aduan SSM di talian 22995477/5450/5451 sekiranya mereka mempunyai maklumat mengenai skim atau program kutu lain.

Updated n Result….

SHAH ALAM: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu menggunakan wang pos dinamakan Program Ekspres yang dikatakan sudah mencatatkan keuntungan kira-kira RM30 juta hasil penyertaan 30,000 ahli.

DISAMAN...Sabbri dan isterinya, Rahimah keluar dari Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam.
DISAMAN…Sabbri dan isterinya, Rahimah keluar dari Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam.

Sabbri Yusof, 49 dan isterinya, Rahimah Rahim, 39, pemilik World Heritage Resources, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas saman ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak.

Kedua-duanya didakwa menggunakan syarikat milik mereka untuk menganjurkan pelaburan wang kutu sedangkan syarikat itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai ejen komisen wang.

Mereka didakwa menjalankan Program Ekspres yang menyalahi Akta Kumpulan Wang Kutu 1971 di antara 1 Disember 2008 hingga 29 April lalu.

Pasangan itu berasal dari Kuala Lumpur disaman mengikut Seksyen 3 akta berkenaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Dalam prosiding semalam, pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa SSM, Steve Chin Yun Cheong, manakala pasangan terbabit tidak diwakili peguam. Hafizah menetapkan 2 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Tindakan terhadap syarikat itu susulan serbuan serentak dilakukan SSM terhadap tiga syarikat perniagaan yang dipercayai menganjurkan program pelaburan wang kutu dengan kaedah wang pos.

Selain World Heritage Resources milik Sabbri dan Rahimah, dua lagi syarikat dijangka berdepan tindakan undang-undang oleh SSM.

Aktiviti syarikat terbabit melanggar akta yang melarang orang perseorangan, perniagaan atau syarikat daripada menganjurkan program kutu seumpama itu.

Menurut suruhanjaya itu, berdasarkan maklumat, ada pelbagai pakej ditawarkan penganjur program merangkumi pelbagai pelan pelaburan.

Sebagai contoh, Pelan A Platinum mensyaratkan peserta membuat pelaburan RM312, Pelan A Emas (RM100), Pelan A Perak (RM50), Pelan B Platinum Bijak (RM396.50) dan Pelan B Emas Bijak (RM136.50).

Difahamkan, siasatan suruhanjaya mendapati World Heritage Resources yang beroperasi sejak akhir 2008 mendapat sambutan hebat di kalangan pelabur Bumiputera sehingga ada peserta melabur sehingga RM300,000.

Related Posts with Thumbnails

2 Responses to lagi Wang Pos Diserbu Kristal Karisma Enterprise, World Heritage Resources dan Al Falah Global Resources

  1. najz says:

    ape citer sterusnye??

  2. captain wau says:

    salam 1 malaysia saya pernah jadi mangsa skim macam ni dan sudah insaf weiii…tetapi bersyukur sbb ada org yang tampil membantu mendapatkan kembali duit dari saya kembali dengan cara yang betul mengikut lunas-lunas undang2. kalau ada sesiapa yang pernah terkena saya boleh cuba bantu melalui pengalaman yang pernah lalui untuk dapatkan balik duit. duit bukan senang nak cari tapi nak hilang senang sekelip mata oleh itu cuba la ikhtiar untuk dapatkan balik hak kita, tak banyak sikit…inshaalah. kalau nak cuba hubungi saya melalui email aaconsulting@ymail.com sertakan no phone sekali kalau tak pun sms saya di talian 010-9255587.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

8 visitors online now
3 guests, 5 bots, 0 members
Max visitors today: 16 at 06:30 am UTC
This month: 24 at 05-03-2012 03:20 am UTC
This year: 56 at 01-09-2012 04:50 am UTC
All time: 56 at 01-09-2012 04:50 am UTC